HAZIQ & HARRIS & HADIF & HAFIY

By: Faznim Adiera

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 11-Nov-2007 12:41 Email | Share | | Bookmark
Yang memanjakan diri sendiri....

 
 
 
View all 6 photos...
Mmg tak dapat nak nafikan, Hadif nilah yg paling manja! Pandai memanjakan diri sendiri...Walhal Nim takdelah nak manjakan dia sangat... sama je ngan Haziq, Harris or Hafiy...Tapi kalau apa2, dialah yang kena lebih/menang... semuanya dia!

And dialah yang palinggg kuatt merajuk! Lately ni bertambah2 rajuk dia.. mak aaiii sampai tensen dibuatnya! Kengkadang bende yang takde apa sangat pun dia dah tarik muka, tersedu2, menjeling, pastu lari nyorok bawah meja ke, belakang kerusi ker... takpun, dia terus baling2 bende yang dekat dgn dia! Teruk betul! Nim ngan hubby kengkadang mmg biarkan je dia... takleh layan sgt! Hoverrrr!! Pernah sekali tu, nim pandang je dia, tapi dia terasa sendiri kot, terus merajuk! Ishkk mmg geram! Mmg tak boleh silap sikit, sampaikan bila nim puji Hafiy - tak sempat nak puji dia jugak, daahhhh tarik muka!

Hadif ni dah nak masuk 3 thn Januari nanti, tapi cakap still tak ok lagi... sikit2 je yang clear, yg lain tu mmg bahasa Jermanlah!
Diapers - malam jerlah pakai lagi and bila nak keluar, dia mmg nak pakai!


Tuesday, 30-Oct-2007 03:59 Email | Share | | Bookmark
It's our 8th Anniversary - Me & Hubby!

Kat Studio....
Eeyaakkkss... bila tgk balik, tak suka! hihi
Ni hubby yang nak pakai sangat baju arab nih!
View all 30 photos...
Salam...

Lapan tahun yang lepas, pada tarikh nilah 30 Oktober, Nim and hubby disatukan... 30 Oktober 1999 hari Sabtu kitarang dinikahkan di Masjid hmm alamak, camner boleh lupa nama masjid tu... heheh tapi dekat Gombaklah.... nak tergelak bila teringat masa nak nikah tu, kelam kabut dari rumah sebab pengantin perempuan ni tak siap2 lagi, tapi rombongan pengantin laki dah sampai kat masjid tu... apalagi, kelam kabutlah nim, berlari2 anak (cheewah) pakai kasut pastu lalu kat makcik2 marhaban yg tgh minum ptg kat bawah khemah nak ke kereta... Ketawa je diorang tgk pengantin yg perangai tak serupa pengantin tu ha...kihkih...

Akhirnya selamat jugak petang tu... esoknya kenduri pulak kat rumah mak nim kat Tmn Ibu Kota tu... and again, rombongan pengantin laki salah masuk jalan, kumpulan kompang tunggu belah kanan jalan rumah, yg diorang tunggu belah kiri jalan rumah... heheh.. dahlah tetamu VIP mak nim (Datuk Zahid Hamidi & Datin Hamidah - best friend mak nim) dah lama tunggu... so bila je pengantin laki sampai, duduk kat pelamin kejap, posing2, senyum, kenyit2 mata kat kawan nim yg nim nampak, terus pergi makan.... ha, nim takde nak control2, dahlah lapar... memang makan dgn jayanya.. heheh.. mmg ramai sangat tetamu yang datang... 2000 lebih! Sampai kena tunggu turn nak makan! Masa tu seronok lagi sebab ramai kawan sekolah datang, sbb masing2 bujang lagi.. nim je over tak sabar2 nak kawin.. walhal baru je 3 bulan kerja masa tu... dahtu ayah nim kata kalau dah kenal, suka sama suka, buat apa tunggu lagi...

Tapi tulah.. sebelum nak mengakhiri zaman bujang tu... mmg banyak halangannya!! Macam2lah! Kejap nak kawin ngan org tu, kejap nak org ni!! Hishhh... Alhamdullillah, dah termaktub jodoh nim ngan hubby, selamat akhirnya!! and tak sangka, dah masuk 8 tahun hari ni....

Ingat lagi zaman percintaan yg best tu, sebabnya kat US... kihkih... jauhnya bertemu jodohkan! First date masa Christmas 1996 (Sebelum tu tgk2 gambar and email2 jer)... punyalah takut nak jumpa, dia fly dari Sacramento datang jumpa nim kat Milwaukee.. ajak kawan2 sekali teman, dahlah masa tu sejuk gila, kawan nim buat karipap bawak pergi airport... and nim sengaja jemput dia lewat satu jam.. takutttt!! Bila sampai airport Milwaukee tu, tgk ada sorang makhluk Allah ni duk tido atas kerusi... kawan nim yg tegur dia.. nim nyorok boleh!! kihkih... pastu dlm kete punyalah lahap dia makan karipap tu, yelah laparkan! Dahlah sejuk, snow lebat!

Then, pergi Chicago... ngan dia and kawan2 nim jugak (Has & Jehan)... pastu jalan2 kat sana, nim pun jalan jelah.. lajuu... duk tinggalkan hubby kat belakang... Jehan pun cakap "Ishkk nim ni, adaka tinggalkan bf kat belakang!".. heheh.. tulah, sapa suruh jalan lambat sgt! Sorrylah sayang ek!

Tahun kedua, hubby dah grad and balik Malaysia dulu... dek kerana nim rindu kat dia, sanggup nim tak travel US tapi balik Malaysia jumpa hubby tau.... Nim sampai lewat malam, terkejut sbb dia sanggup datang airport ngan anak buah dia... and of courselah dia terpaksa memberanikan diri jumpa my parents... sukaaa mak nim tau! (sbb masa kat parking, mak nim ceritalah, dia nampak hubbylah - tapi tak kenal lagikan, dia cakap dlm hati.. ishh pak arab mana handsome nih??) tup2 bila nim kenalkan dia as bf nim, amboihhh terus dapat restu! hahhahhaha....

Kali kedua, bila nim balik for good, hubby jemput jugak kat KLIA.. tapi kete dia rosak (ops kete kawan dia) nak dekat sampai airport dah... nasib baik cousins nim perasankan dia tgh tunggu tepi jalan kat kete... so diorang pusing balik pergi ambik dia.... tu yg buat nim lagi terharu sebab sanggup dia susah payah jemput nim and then tunggu nim... (sbb sblm tu dah cakap kat dia, tak payahlah 'tunggu' nim... nim ada org lain (jahatkan nim!)... heheh... and again, jodoh mengatasi segalanya...

To hubby, Mohd Mazri bin Amir @ B, thank you sebab sayang Diera, tq sebab jaga Diera, tq sebab terima Diera seadanya (pipi merah, mata berkedip2 - words yg selalu hubby cakap masa bercinta! )... I love you soo much!! Sayanggg abang! Teringat kat email2 yang hubby hantar everyday dulu masa bercinta (nim print tau... baca sampai skang! Soo kelakar and sweet!) and every week hubby hantar kad (mcm2 kad, I miss u, i luv u.. etc etc) sungguhlah cair hati nim di kala itu... Yelah... bercinta dengan ramai orang.... akhirnya hubby yg berjaya membuka hati nim sebagai isteri! Semoga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat... Aminnn!!

You're Still The One, dear....

Hmm nak celebrate kat mana ek? Pergi makan je kot malam ni, tapi nim puasa ni... ingat nak ajak hubby berbuka puasa makan steambot ke ptg karang!


*Sorry ek gambar2 ni tak berapa elok/clear... mana taknya, nim malas nak scan, tangkap balik terus dari album! kihkih... jadilah... malas nak selongkar album2ku itu... cukuplah ni... *




Sunday, 28-Oct-2007 12:24 Email | Share | | Bookmark
4H beraya lagi....

 
 
 
View all 24 photos...






Ni gambar2 raya masa Sabtu baru ni... pergi rumah kakak hubby kat Sungai Buloh,
Lama gak melepak kat sana... 4H bukan nak makan pun, duk sibuk main games ngan cousin diorang...

Pastu balik singgah Bangi rumah kawan Nim, Syariza.... ingatkan tak hadi singgah dah sbb Hadif on d way balik tu muntah2, banyak lak tu, nasib baik sempat tadah dgn kotak tisu... Suka diorang dapat jumpa Muhaimin petang tu... siap panjat tembok pagar lagi tu...

Opss kepada sapa2 yang bertanya tu, baju melayu 4H memang ditempah sekali ngan babahnya jauh nun di kelantan.... kalau masa tu abang ipar hubby tak dapat buatkan, mmg dah ingat nak tempah kat mummy Azza... maybe next year boleh kot Azzakan!

Ada lagi sikit gambar tak habis upload lagi....


Saturday, 20-Oct-2007 23:49 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri 4H di Sri Manjung, Perak!

Hafiy and Kak Mimi
Peluk sikit...
Hafiy and second cousins...
View all 54 photos...
Assalamualaikum semua...

Tahun ni turn mama... so macam biasa, even rumah mak ayah nim dekat gombak jer, tapi we all semua akan balik beraya di Perak rumah makcik nim kat Taman Sri Manjung, Sitiawan, Perak... berkumpul cousins semua... kalau dulu2 masa opah and atuk ada, lagilah seronokkan! Tapi kitaorang still akan singgah di Teluk Bakong, Bota rumah opah nim tu... even takde sapa dah kat situ...
We all balik raya ari tu petang jumaat, then balik KL hari rabu...

Tak puas hati sebab susahhh sangat nak bergambar ngan 4H especially Haziq Harris yang dah besar tu... diorang takmo bergambar.. mulalah masing2 buat perangai! Geram jer rasa... Ni pun gambar2 raya pertama jer dekat Sri Manjung and then Telok Bakong... Raya ketiga and keempat we all buat bbq.. best sungguh... tapi mmg tak teringat nak ambik gambar pun!

Nanti nak kena bergambar lagi nih, sbb dgn opah and atuk 4H tak bergambar lagipun... opah and atuk sampai petang raya tu... tu yg tak bergambar lagi... lagipun nak tunggu adik nim yg bongsu raya kedua baru balik... abang nim pulak tak balik raya sbb kena kerja, adik nim yg ketiga pulak balik raya ketiga sebab beraya rumah mertua dia dulu and adik nim yg keempat beraya di Manchester, sian dia tak balik sbb baru dapat kerja, wife dia je balik sorang2 dulu kejap 2-3 bulan sementara uwek uwek ni..










Saturday, 6-Oct-2007 01:50 Email | Share | | Bookmark
Secebis kenangan di Holiday Villa, Cherating!

Hadif sorang je posing...
Yang lain... hmm...
Suka sungguh!
View all 5 photos...
Berabadnya gambar ni nim peramkan! Dahtu, sempat ambik kat dlm bilik jer... ada skeklah dekat pool ptg tu...pastu bateri terus kong! Nim ngan hubby masing2 malas nak ambik charger kat bonet kete, mana taknya, tak ingat beg mana satu pastu nun kat dalam kot, yelah, kitoarangkan dari kelantan pastu ke cherating terus, so penuh bonet kete!

Ni masa baru sampai kat dlm bilik, 4+1 heroes ni duk ralit tgk movie Home Alone! Gelak sungguh2 sampai tak sedar mama snap!




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net